Wednesday, October 4, 2017

Special October

Assalamualaikum...

Selain wedding aku dan si dia yang semakin dekat, ada jugak event something special bakal berlaku bulan ni.

First birthday aku😊 Oi tua woi! Few days lepas nikah, aku celebrate birthday inshaAllah. Bak kata ibu, tahun ni aku celebrate birthday dengan suami pulak.
Satu lagi event yang aku tunggu lama sangat! Aku bakal dapat anak buah baru yeay!!!!! Termasuk yang bakal lahir ni, ada 3 lah anak buah aku. Mohon abang dengan kak ipar aku stop dulu production, bagi laluan kat aku pulak hahaha!
 Doakan yang baik-baik untuk kami semua ye.

XOXO

#EA Tie the Knot

Assalamualaikum...

October. Special💗

InshaAllah aku dan pilihan hati bakal bergelar suami isteri tak lama lagi. 2 weeks to go inshaAllah😍

Sesuatu yang tak dirancang. Si dia pernah cakap kat aku dulu, kita berdua ni kalau plan apa-apa tak pernah menjadi. Semuanya tiba-tiba je. 

Sama macam plan kahwin ni. Tanpa dirancang. Bulan 3 dia datang jumpa ibu ayah aku. Awal bulan 5 dia bawak family dia datang merisik. Lepas tu terus dapat date, langsung bulan 10. Alhamdulillah...

Tapi mencabar tau. Sebab semuanya dalam masa yang singkat. Duit pun dalam masa singkat jugak la kena dapatkan😅 Mujur ibu ayah banyak membantu.
Doakan semua urusan kami dipermudahkan. Doakan kami dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan sentiasa tenang hadapi semuanya.

Next post aku share serba sedikit preparation untuk majlis merisik ye. 

Till we meet again. XOXO

Fresh Start. Hello. October.

Assalamualaikum...

Its been a while since I post something here. Last update sebelum Ramadhan yang lepas. Pheww! Mood menaip memang dah tak ada.

So today, mood datang semula. Laju-laju ambik laptop adik and yup! Here I go ^_~

Delete semua post, done! Sebab aku nak fresh start. Taknak ada mana-mana post yang memerli, yang kurang baik wujud dalam blog ni. InshaAllah try to be extra careful next time :)

Hello again! Hello followers! Dah October guys! Something special bakal berlaku bulan ni inshaAllah dengan izin-Nya. Apa tu?? Tunggu....Aku share dalam next post.

Till we meet again! XOXO
 

Copyright 2015 © Athirah Diyana. Design by Ayu Barbydol